Logam terbahagi kepada dua
jenis iaitu :-
1) Logam
ferrous (ferrous metal)
Dipanggil juga
logam berbesi, ia dicampur dengan karbon, logam jenis ini mudah berkarat dan
suhu kecairannya adalah tinggi ini adalah disebabkan oleh campuran karbon dalam
logam akan menghasilkan suhu kecairan yang tinggi.Contoh logam
ferrous ialah seperti keluli lembut, keluli berkarbon sederhana, keluli
berkarbon tinggi, besi tuang, keluli takarat, keluli alat dll.
Mengandungi 0.3% hingga 0.6%.
kandungan karbon tinggi menjadikannya kasar dan mempunyai keliutan seperti
keluli berkarbon rendah, menghasilkan kekuatan yang sederhana. Kegunaannya
membuat cranshaft, shaft dan bolts.
b) Keluli berkarbon tinggi (High carbon steel).
Kandungan karbonnya 0.6%
hingga 1.7% tetapi kandungan maksima tidak melebihi 1.7%. mempunyai kekuatan
rengangan yang tinggi dan boleh dikeraskan. Kegunaanya membuat alat luar dan
dalam seperti mata gerudi, alat memotong, kikir dan alat-alat pertanian.
1. Keluli pancalogam (Alloy
steel).
JENIS-JENIS
LOGAM BUKAN FERROUS.
1. Tembaga (copper).
Sejenis logam
berwarna coklat kemerahan, mempunyai permukaan yang dilap dan tidak bercalar
atau cacat
dipermukaannya. Sifatnya pengalir haba yang baik, suhu kecairan
1908F (1100C), boleh digulung sejuk
kepada kepingan nipis, mudah dipotong,
kikir, bengkok dan senang digilap.
2.
Loyang (brass).
Ialah pancalogam tembaga dan zinc
(cu+zn), terdapat dua jenis iaitu pertama loyang yang campurannya (70% tembaga
+ 30% zinc), berwarna unggu dan loyang yang campuran (90% tembaga + 10% zinc)
bewarna emas kekuningan. Loyang yang akan dikerjakan akan menjadi keras dengan
cepat dan memerlukan proses annealing (proses melembutkan logam). Loyang senang
dipotong, kikir dan diwarnakan. Suhu kecairannya 1751F (940C).
3.
Gangsa (bronze).
Ialah pancalogam
tembaga 90% dan timah 10%. Pancalogam ini lebih kuat daripada tembaga dan
loyang, menjadikan satu logam yang baik dan berwarna kekuningan emas. Terdapat
juga yang tidak bercampur dengan timah iaitu gangsa aluminium. Kegunaan utamanya ialah seni
logam. Mudah dipotong dan dikikir. Suhu kecairannya 1562F hingga 1832F (850C
hingga 1000C).
4.
Aluminium.
Berasal dari bijih boksait dalam
bentuk batu keras lembut seperti kapur. Boksait biasanya mengandungi 32%
aluminium (oksid aluminium). Ia paling ringan, berwarna putih dan tidak
berkarat. Ia juga tidak berbunga api apabila dicanai dan tidak bertukar
berwarna apabila dipanaskan. Pengalir haba yang baik dan tidak digunakan dalam
bentuk asal tetapi dicampur dengan logam lain seperti karbon silicon dan zinc,
mempunyai suhu kecairan 1220F (660C).
5.
Zinc.
Berwarna putih kebiruan. Logam
yang lembut, mudah dibentuk dan boleh dituang. Digunakan sebagai pelindung lain
logam seperti zinc galvani. Suhu kecairannya ialah 787F (419C).
6.
Perak (silver).
Sejenis logam yang cantik,
berkilat dan berwarna putih. Perak yang tulin adalah lembut sesuai untuk
perhiasan. Ia merupakan pengalir elektrik yang terbaik. Suhu kecairannya 1800F
(960C).
7.
Nikel.
Logam berwarna putih perak. Ianya
keras dan tidak bertukar warna diudara kering. Digunakan untuk membuat
pancalogam lain. Bersifat magnatik dan boleh dikimpal kerana mempunyai karbon.
Suhu kecairannya 2770F(1450C).
8.
Chromium.
Berwarna putih kelabu dan keras.
Tidak bertindak dengan oksigen. Digunakan untuk membuat pancalogam. Apabila
ditambah pada logam yang lain ia akan menjadikannya keras dan menahan dari
karat. Suhu kecairannya 2770F(1520C).
9.
Emas (gold).
Sejenis logam yang berat dan
berwarna kekuningan. Logam yang paling liat. Suhu kecairannya ialah
1900F(1060C).
10. Suasa (monel).
Ialah pancalogam campuran 60%
nikel, 38% tembaga merah dan sedikit maggenes dan aluminium dan berwarna putih.
Logam yang kukuh boleh dipotong, dimesin, ditempa, dituang dan boleh menahan
hakisan.
11. Timah hitam (plumbum).
Sejenis lgam yang paling lembut tapi berat. Berwarna
putih apabila selepas dipotong bertukar menjadi kelabu
gelap jika terkene
udara. Boleh bertindak dengan oksigen dalam udara lembab dan boleh menahan dari
tindakan hidroklorid cair dan asid sulfik. Boleh dicampurkan dengan logam timah
dan antimoni untuk
membuat pewter. Suhu kecairan suhu kecairan plumbum ialah
621F (327C).
SIFAT-SIFAT
LOGAM.
Boleh terdapat 3 jenis sifat logam:-
1. Sifat kimia.
2. Sifat fizikal.
3. Sifat mekanikal.
Sifat
kimia logam:-
a)
Crosion – ialah sifat logam yang berkarat akibat
dari tindakan udara.
b)
Osidation – pembentukan oksida hasil dari
percampuran antara oksigen dengan logam.
c)
Reduction – pembuangan oksigen dari sekeliling logam
kecairan untuk mengurangkan tekanan udara keliling.
Sifat
fizikal logam:-
a)
Melting point (suhu kecairan) - ialah takat suhu
dimana sesuatu bahan didalam keadaan padu menjadi cair.
b)
Termal conductivity – ialah takat haba kepanasan
sesuatu logam.
c)
Grain structure – ialah bagaimana haba akan
mengubahkan jirim-jirim sesuatu logam.
Sifat
mekanikal logam:-
a)
Tensil strength – keupayaan
logam untuk menahan daya tarikan.
b)
Ductility (kemuluran) – sifat
logam yang membolehkan ditarik kebentuk dawai tanpa patah (cct. A1, copper).
c)
Hardness (kekerasan) – sifat
logam yang boleh menahan larasan dan hausan.
d)
Brittle (kerapuhan) – sifat
logam mudah patah.
e)
Mealleability (kebolehan tempaan)
– sifat keupayaan logam yang membolehkannya menanggung tukulan tanpa patah.
f)
Elasticity – keupayaan logam
kepada keadaan asal selepas ianya dilentur atau diregang.
g)
Elongation – keadaan logam akan
regang sebelum patah.
h) Toughness – ialah keupayaan logam
menahan hentaman.
Jenis
logam alloy yang dicampur dalam steel dan kegunaanya.
1.
Chromium – keluli akan
bertambah keras, tidak rapuh dan kalis karat.
2.
Manganese – keluli akan tahan
regangan dan keras.
3.
Molybednum – menghasilkan
keluli yang keras dan kuat.
4.
Nikel – keluli menjadi tahan
dari regangan, kalis karat dan dapat menahan daya

5.
Vanadium – sebagai bahan
deoxsidizer dan penyesuian akan mencantikkan structure logam.
6.
Tungsten – digunakan pada logam
untuk memotong besi kerana ianya keras, kuat dan kalis karat.
7.
Kobatt – untuk menahan
kekerasan keluli apabila dipanaskan.
CARA-CARA
MENGENALI LOGAM.
Ada 8 cara boleh dilakukan untuk mengenali
logam :-
1.
SPARK TEST.
Mesin canai
tangan (hand grainder) digunakan. Apabila logam dicanai akn mengeluarkan haba
dan manik api. Manik api ini akan berlainan rupa, kuantiti dan jarak percikan.
Untuk lebih kesesuaian keadaan belakang adalah lebih gelap.
1.
OXY-ACEYTLENE TORCH TEST.
Cara
pemeriksaanya ialah membuat proses puddling pada keluli lembut menggunakan api
neutral. Puddling mesti tidak memercikkan bunga api. Rupa bentuk pada tepi
logam akan menunjukkan logam tersebut boleh dikimpal. Jikalau logam tersebut
cair dan berbentuk sama, berkilat semasa membeku bermakna mempunyai tahap
kimpal yang baik. Begitu juga jika permukaan logam itu gelap, berwarna, kasar
dan berlubang halus bermakna logam itu tidak mempunyai tahap kimpal yang baik.
2.
FRACTURE TEST.
Dibuat
dengan mematah atau memecah logam kepada dua. Pemecahan logam tersebut akan
menampak grain structure. Jikalau saiz besar ia menunjukkan bersifat rapuh, jka
halus biasanya keras dan rapuh atau lembut.
4.
COLOUR TEST.
Melalui
pemecahan logam itu kita dapat melihat warnanya. Bagi besi dan keluli akan
menunjukkan warna kelabu keputihan tapi bagi non ferrous warna kuning dan
putih.
5.
RING OR SOUND TEST.
Dengan
cara mengetuk atau melepaskan kelantai. Bagi bunyi yang nyaring menunjukkan
jenis besi tapi jika mengeluarkan bunyi yang kedap ialah non ferrous metal.
6.
MAGNETIC TEST.
Dilakukan
untuk mengetahui samada ferrous atau non ferrous. Kalau dari jenis ferrous ia
akan melekat pada magnet.
7.
CHIP TEST.
Akibat
pemotongan logam menggunakan chisel boleh menentukan jenis logam. Contohnya,
cast iron akan pecah dengan serpihan kecil dan halus. Bagi keluli lembut pula
serpihan akan melekat dan menggulung pada logam asal.
8.
CHEMIA TEST.
Cara
ini amat mudah dilakukan. Permukaan logam disapu atau logam dicelup kedalam
bahan kimia itu. Amat berkesan untuk alloy steel.
Contohnya, untuk aluminium, caustic soda
digunakan jika ia aluminium tulin akan berkilat dan jika tidak ia akan berwarna
kehitaman. Untuk mengenal nikel gunakan asid nitrik, akan mengeluarkan
buih-buih.
Sistem nombor untuk logam.
S.A.E
(Society Automotive Engineering) telah mencipta pengenalan dengan cara nombor.
Kod
nombor tersebut ada 4 digit.
CONTOH : 2115
Digit
pertama – 2 – menunjukkan kelas keluli tersebut.
Digit
kedua - 1 – peratus logam alloy dalam
keluli.
Digit
ketiga dan keempat – 15 – kandungan karbon etc. 0.15.
No comments:
Post a Comment