Tuesday, 29 October 2013

KIMPALAN GAS

PROSES KIMPALAN GAS

Kimpalan gas atau dikenali juga dengan kimpalan oksiasetilena ialah proses menghasilkan tautan bahan yang dipanaskan dengan menggunakan api atau nyalaan oksiasetilena dengan atau tanpa rodpenambah. Api dari campuran gas oksigen dan gas setilena mampu meleburkan logam yang akan membentuk sambungan. Rajah 1 menunjukkan api oksiasetilena jenis neutral. Rajah 2 menunjukkan bagaimana rod penambah digunakan dalam kerja kimpalan gas. Rajah 3 pula menunjukkan bagaimana logam melebur membentuk kawah cair. Nyalaan jenis pertengahan biasa diguna dalam banyak kerja mengimpal. Memilih nyalaan yang betul akan dapat meleburkan logam atau benda kerja dengan cepat dan sempurna. Rajah menunjukkan bahagian kawah cair atau logam yang lebur menggunakan nyalaan pertengahan atau neutral.


Rajah di sebelah menunjukkan bagaimana proses kimpalan berlaku. Sumpitan api digerakkan dari arah kanan ke kiri dengan kecondongan 60 darjah. Logam penambah digunakan untuk mendapat kumai yang baik, logam penambah mestilah melebur bersama benda kerja atau logam asas. Peleburan yang baik boleh menghasilkan enapan pada bahagian sambungan logam. 


Kegunaan Kimpalan Gas Dalam Industri
Dalam bidang perindustrian kimpalan gas banyak digunakan dalam kerja fabrikasi logam yang melibatkan kepingan logam yang ketebalannya melebihi daripada 1.0mm sehingga 3.0mm. Contohnya, dalam kerja-kerja membaikpulih badan kenderaan yang melibatkan kerja-kerja ketuk mengetuk dan menampal bahagian-bahagian badan kenderaan yang rosak.



JENIS NYALAAN


Nyalaan Pengabon: Nyalaan jenis ini mengandungi nisbah gas asetilena dan oksigen 2:1. Dapat dilihat dengan jelas terdapat tiga bahagian api. Ini terjadi kerana nisbah gas asetilena lebih banyak berbanding gas oksigen. Suhu mencapai sehingga 3200 darjah celcius.

Nyalaan Neutral: Dikenali juga sebagai nyalaan pertengahan. Mengandungi nisbah gas oksigen dan asetilena yang sama banyak. Suhu nyalaan jenis ini ialah 3260 darjah celcius.

Nyalaan Pengoksidaan: Nyalaan ini membentuk muncung putih yang tajam. Ini kerana nisbah gas oksigen lebih banyak berbanding gas asetilena, iaitu 2:1. Suhu nyalaan jenis ini ialah 3482 darjah celcius.











KEPERLUAN TAMBAHAN




Pakaian: Pakaian/apron dan sarung tangan kulit adalah paling sesuai. Apron boleh melindungi pengimpal dari letupan kecil terkena anggota badan dan sarung tangan kulit boleh mengelak dari terpeggang besi panas.

Pelindung Mata: Pelindung mata atau gogal yang sesuai ialah cermin gelap, biasanya saiz no. 8. Gogal mesti dipakai ketika mengimpal, ia boleh melindungi mata dari terdedah kepada cahaya kimpal dan juga percikan cairan besi yang panas.



Pemetik Api: Ia menghasilkan percikan api untuk menyalakan muncung sumpitan. Menyalakan api dengan menggunakan mancis atau pemetik bergas tidak digalakkan.



Pencuci Muncung: Alat ini diguna untuk mencuci muncung sumpitan, dibuat dari keluli keras mempunyai berbagai saiz.



Berus Dawai: Diguna untuk membersihkan permukaan benda kerjadari segala kekotoran sebelum kerja mengimpal dilakukan.




Rod Penambah: Bahan yang diguna untuk menambah dan membentuk kumai serta enapan pada sambungan. Rod penambah mempunyai berbagai saiz sesuai untuk berbagai  kegunaan. Untuk mengimpal keluli lembut yang tebalnya 1.5 mm, saiz rod penambah yang sesuai ialah yang bergarispusat 1.5 mm. Terdapat berbagai jenis rod penambah dipasaran, antaranya ialah rod aluminium, rod penambah tembaga dan lain-lain lagi.

1 comment: